Saturday, June 13, 2009

Besi Khursani


Org kita memanggilnya sebagai besi khursani dan menganggapnya mempunyai khasiat yang tertentu dan lebih kepada unsur mistik. Batu ni adalah dikenali sebagai Pyrite dan berwarna 'silver' oleh bangsa lain. Diantara kegunaanya berdasarkan kepada kajian dan kepercayaan mereka ialah batu pyrite mengambarkan lambang kepada tuah dan keuntungan dalam perniagaan. Ianya juga boleh menahan dari unsur-unsur negatif dan tenaga negatif dari luar.

Jika diletakkan di atas meja (cthnya di pejabat), ianya akan memberi motivasi dan tenaga kerja kepada sekeliling, mengurangkan perasaan keluh kesah dan juga kelesuan dan boleh membantu melihat perkara yang tersirat.

Perubatan dengan Pyrite iaitu mengatasi masalah kelesuan, meningkat bekalan oksigen kepada darah dan menguatkan sistem ’circulation' badan . Batu ini juga baik untuk jantung dan meringankan masalah asma dan bronkitis.
walaubagaimanapun, berkesanan sesuatu perkara adalah berdasarkan kepada pengalaman penguna dan kajian sains.